Friday, December 24, 2010

Profil Kampung Batu 6 Bakri


     Kampung Batu 6 Bakri telah wujud sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu lagi. Waktu itu Kampung Batu 6 Bakri dan Kampung Baru Bakri adalah di bawah satu pakatan. Rumah penduduk lebih kurang 40 buah semuanya.

      Pada tahun-tahun 60an dan 70an, pentadbiran Kampung Batu 6 Bakri diletakkan di bawah Kampung Parit Zin, Ketua Kampungnya En. Amin bin Abdul. Selepas beliau bersara, tempat beliau diganti oleh Tn. Hj. Mesbah bin Abdul Majid dan seterusnya Tn. Hj. Rahiman.

      Kemudian pengurusan kampung-kampung dikemaskini pada 2008. Kampung Batu 6 Bakri wujud sebagai salah satu daripada tujuh kampung di dalam Mukim Bakri, dengan Ketua Kampung pertama seperti yang ada sekarang: En. Mohd Nazir bin Hj. Daim